fbpx
SITI FARAH (kiri) sebak ketika melihat anggota APM memeriksa kesan gigitan pada lembu kesayangannya akibat dibaham harimau belang di Kampung Bukit Lanjut, Pendang semalam.

Dengar ngauman harimau sebelum Merah ‘terkulai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila lembu betina yang diternak sejak dua tahun lalu mati dibaham harimau belang di Kampung Bukit Lanjut, di sini kelmarin.

Siti Farah Ahmad Nordin, 36, berkata, lebih menyedihkan haiwan kesayangannya itu sedang bunting selain me­ninggalkan anak yang masih menyusu.

“Siapa tak sedih, luluh hati malam tadi apabila keluar te­ngok, Merah mati dengan luka penuh pada badan termasuk leher dan mata selain puting susu terputus.

“Kami percaya ini kerja harimau belang, Merah sudah nak beranak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Cerita ibu lima anak itu, Merah merupakan salah seekor daripada lima ternakannya dipercayai diserang pada pukul 10 malam.

“Suami (Azmi Md. Hashim, 40) menambat Merah kira-kira pukul 7.30 malam tetapi pada pukul 10 malam saya terdengar anak Merah berbunyi dan suruh suami keluar tengok.

“Suami kata dia ada nampak kelibat sesuatu berlari ke dalam hutan berhampiran dan terde­ngar bunyi seakan-akan harimau mengaum dua kali.

“Berasa tidak sedap hati dia terus periksa Merah dan sudah terkulai. Ini merupakan kejadian pertama sejak kami menetap di sini dua tahun lalu dan sekarang memang trauma kerana kami ada anak berusia dua hingga 16 tahun,” katanya.

Menurut seorang penduduk, Noraziah Abdul Wahab, 40, kawasan itu yang terletak berdekatan bukit sering ‘dikunjungi’ hidupan liar terutama babi hutan.

“Kes harimau ini jarang dengar tetapi ada penduduk kata pernah terserempak dengan seekor harimau betina dan dua anak­nya. Kejadian kambing dan kucing hilang selalu berlaku tetapi kami ingat ‘kerja’ anjing sahaja.

“Selepas kejadian ini nampak­nya semua penduduk harus berhati-hati terutama pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusof berkata, anggotanya kini giat memantau di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kita menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada seorang penduduk pada pukul 12.21 tengah malam.

“Anggota APM yang tiba di lokasi selepas itu mendapati lembu betina bunting itu sudah mati dengan kesan darah di bahagian badan dan muka,” jelasnya.

Menurut Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalul Nasir Ibrahim, pihaknya mengambil tindakan memasang perangkap selain memasang televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengesan dan menangkap haiwan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN