fbpx
Xabi Alonso lakar sejarah bersama Bayer Leverkusen.

Xabi Alonso ‘Gandalf’ Bayer Leverkusen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Musim ini menyaksikan Bayer Leverkusen bukan sahaja berjaya menamatkan penantian 120 tahun kelab itu untuk menjuarai Bundesliga buat kali pertama, namun lebih manis apabila mereka berjaya ‘mengoyakkan’ ego Bayern Munich dan memadamkan impian The Bavarians untuk menjulang kejuaraan buat kali ke-12 berturut-turut.

Bagaimanapun, individu yang bertanggungjawab di belakang tranformasi luar biasa cipta Leverkusen sudah pastinya ketua jurulatih, Xabi Alonso yang memiliki reputasi yang cukup tinggi ketika bergelar pemain dan membuktikan dirinya memiliki sentuhan istimewa sebagai jurulatih.

Jurulatih berprofil tinggi, Jose Mourinho suatu ketika dahulu pernah ditanya siapakah pemain berkelas dunia yang mampu menjadi jurulatih hebat pada masa depan, beliau menamakan Alonso dan pandangan itu mendapat kritikan ramai, namun telahan itu nyata benar selepas apa yang dilakukan Alonso di BayArena.

Alasan Mourinho adalah kerana bapa Xabi, Periko Alonso merupakan bekas pemain dan pengurus, memiliki reputasi sebagai pemain tengah yang hebat dalam kelasnya, selain pengendali Leverkusen itu memiliki pengalaman beraksi di beberapa liga yang memiliki budaya dan gaya bola sepak berbeza.

Alonso dilantik mengemudi Leverkusen pada Oktober 2022 selepas Gerardo Seoane dipecat ekoran prestasi pasukan itu yang merudum apabila berada di kedudukan kedua tercorot dan berpotensi untuk tersingkir ke saingan divisyen kedua, namun pengendali berusia 42 tahun itu menggunakan magisnya apabila berjaya memastikan pasukan itu menamatkan musim di kedudukan keenam.

Memasuki musim baharu 2023/24, Alonso tidak mengambil masa yang lama untuk menyerlahkan dirinya sebagai jurulatih berprofil tinggi dengan membantu pasukan itu menjuarai Bundesliga musim ini dengan rekod tanpa kalah dalam 30 perlawanan setakat ini.

Ketika dia membuat keputusan untuk menggantung but sebagai pemain, Alonso kembali ke tempat asalnya, Basque dan memilih untuk mendalami tugas sebagai jurulatih dengan mengemudi pasukan Real Sociedad B, sebelum dilamar oleh Leverkusen yang melihat potensi dimiliki pemain berkenaan dan nyata pertaruhan penting dibuat oleh kelab tersebut berbaloi setelah Alonso berjaya membuktikan kemampuannya.

Ibarat ‘Gandalf’ yang merupakan watak tukang sihir dalam filem Lord of The Rings, Alonso sudah mencipta pelbagai magis apabila menjadi pengendali terbaik dalam sejarah Leverkusen bagi kutipan mata dan jumlah jaringan setiap perlawanan dan mencipta rekod kelab memenangi enam perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

Beliau juga menjadi individu kesembilan dalam saingan Bundesliga memenangi gelaran liga sebagai pemain dan jurulatih selepas Hansi Flick, Niko Kovav, Thomas Schaaf, Matthias Sammer, Franz Beckenbauer, Felix Magath, Jupp Heynckes dan Helmut Benthaus.

Lebih menakjubkan, musim ini menyaksikan Leverkusen dalam 20 perlawanan berjaya menjaringkan gol untuk meraih kemenangan atau seri ketika saingan memasuki minit ke-86 dan ke atas, malah pasukan yang menguruskan media sosial kelab itu juga mengakui terpaksa beberapa kali mengubah ‘template’ keputusan perlawanan apabila menyangka mereka akan tewas, namun keputusan sebaliknya berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN