fbpx
SZE FEI (kanan) dan Izzuddin (dua dari kanan) melangkah ke pentas final selepas menewaskan Aaron-Wooi Yik semalam. - FOTO: BADMINTON ASIA

Sze Fei-Izzudin ‘smash’ Aaron-Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus mencipta kejutan demi kejutan apabila berjaya mengatasi gandingan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China sebentar tadi.

Biarpun berdepan gandingan ranking No.5 dunia, namun Sze Fei-Nur Izzuddin yang tewas dalam enam pertembungan sebelum ini tampil dengan permainan cukup matang sebelum melakar kemenangan set pertama.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Aaron-Wooi Yik cuba bangkit, namun beberapa kesilapan mudah terus menjerat mereka sebelum tewas straight-set 14-21, 18-21 dalam tempoh 40 minit.

Kemenangan tersebut membolehkan Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking ke-19 dunia melangkah ke final pertama mereka pada kejohanan tersebut.

Berdasarkan rekod pertemuan, ini adalah kemenangan kedua Sze Fei-Izzudin pertemuan ke atas gandingan utama negara itu selepas berjaya menang sekali terhadap Aaron-Wooi Yik sewaktu Terbuka Jerman 2019.

Terdahulu, Sze Fei-Izzuddin tampil cemerlang di pusingan pertama apabila garang membenam pilihan kedua kejohanan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dengan kemenangan straight-set 21-13, 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Kecemerlangan tersebut diteruskan pada pusingan kedua apabila berjaya mengatasi lawan mereka dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu selepas lawannya itu menarik diri susulan masalah kecederaan di set kedua.

Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir selepas mengatasi gandingan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin di suku akhir untuk menang 19-21, 21-19, 21-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN