fbpx
Tuan Ramlah menunjukkan sebahagian baju yang ditempah pelanggan di rumahnya di Kampung Alor Peroi, Besut semalam.

Tukang jahit senyum lebar, raih RM4,000 saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang tukang jahit tidak menyangka tindakannya melanjutkan tarikh akhir tempahan busana raya dan mempromosi perkhidmatannya di media sosial berhasil apabila pelanggannya semakin bertambah.

Tuan Ramlah Tuan Razi, 46, berkata, pendekatan tersebut diambil selepas tempahan baju raya diterima merundum berbanding sebelum ini.

Menurutnya, setelah promosi dilakukan, tempahannya mening­kat sehingga 300 helai berbanding kurang 100 helai pada awal bulan Ramadan lalu.

“Dulu ramai pelanggan sehingga terpaksa menutup tempahan sebulan sebelum bulan puasa tetapi sekarang tidak lagi.

“Pilihan pakaian raya siap sangat banyak dan lebih murah sekali gus memberi cabaran besar buat tukang jahit seperti kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Peroi di sini semalam.

Tambahnya, tidak mahu hanya berpeluk tubuh, dia giat mempromosikan perkhidmatannya di media sosial selain melanjutkan tarikh akhir tempahan sehingga minggu kedua ­Ramadan.

Jelasnya, strateginya itu berkesan apabila tempahan dite­rima lebih dua kali ganda dengan mampu me­raih sehingga RM4,000.

“Saya terima tempahan bukan sahaja dari sekitar daerah ini malah seluruh Terengganu dan Kelantan.

“Kebanyakan mereka me­nempah baju kurung, jubah, baju Melayu dan kurta,” ujarnya.

Menurutnya, pakaian yang ditempah biasanya lebih selesa dipakai kerana dijahit mengikut ukuran badan pelanggan.

“Saya juga menyediakan perkhidmatan mengecilkan saiz baju dan memotong lebihan bahagian kaki seluar bagi menambah pendapatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN