fbpx

Segera cantas pengikut ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pada 10 November 2013 kira-kira pukul 1.50 tengah hari, Ahmad Raffli Abd. Malek yang merupakan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang ditembak mati di hadapan rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan oleh pengikut Tuhan Harun.

Itu antara tindakan ganas pengikut ajaran sesat yang berlaku di Pahang, sanggup membunuh apabila sudah taksub.

Ajaran sesat adalah suatu fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan daripada yang sebenar dan bertentangan dengan sumber perundangan Islam sama ada al-Quran dan Sunnah, ijmak atau qias.

Antara ajaran sesat dikenal pasti di negara ini ialah Tuhan Harun, Si Hulk, Makrifat Ismail Arifin atau Lepat, Millah Abraham, Masitah Perjalanan Mimpi Yang Terakhir dan Ayah Pin.

Baru-baru ini ajaran sesat Ayah Pin atau Kerajaan Langit cuba dihidupkan kembali di Terengganu malah mula merebak di negeri ini.

Difahamkan ada ahli keluarga Ayah Pin tinggal di Rompin bersama pengikutnya, manakala bekas pengikut setianya pula berada di Pekan.

Berita ini sebenarnya memberi kejutan kepada rakyat negeri ini yang tidak menyangka mereka berada di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis mengikut rapat bekas pengikut Ayah Pin di negeri ini bagi mengesan sebarang kegiatan dan usaha ke arah mengaktifkan kembali ajaran berkenaan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil pihak polis jika ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali ajaran ini yang difatwakan sesat.

Susulan itu juga Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa memantau dan bertindak tegas terhadap penyebaran ajaran sesat daripada bertapak di negeri ini.

Baginda juga mengingatkan umat Islam khususnya di negeri ini menghindari dan tidak terikut-ikut dengan ajaran yang menyeleweng daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tegas baginda anjaran sesat ini akan memecahbelahkan rakyat dan merosakkan pemikiran.

Dengan titah Seri Paduka itu seharusnya usaha bagi membendung ajaran sesat di negeri ini perlu giat dilakukan berterusan semua pihak.

Selain mengintip, menangkap dan menghapuskan pengikut ajaran sesat usaha pencegahan amat penting memandangkan sekiranya dibiarkan ajaran sesat ini akan menjadi barah dan menguasai pemikiran pengikutnya.

Jadi dalam usaha mencegah pihak berkuasa ada kalanya perlu meuar-uarkan ajaran sesat yang mula bertapak kepada masyarakat agar mereka tahu ajaran berkenaan adalah tidak betul.

Mungkin ada masanya perkongsiaan dengan media dan sebagainya mampu mencegah ajaran berkenaan diikuti oleh orang ramai yang mungkin tidak tahu sesuatu ajaran itu adalah sesat.

Ada yang mengatakan jangan ‘bising-bising’ untuk memudahkan siasatan tetapi jika terlalu lama siasatan mungkin sudah banyak pemikiran yang diresapi ajaran berkenaan.

Jadi jangan biarkan ia meresap dalam pemikiran rakyat kerana boleh menjadi barah yang tidak dapat dipulihkan kembali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN