fbpx
MALAYSIA mensia-siakan deretan peluang terhidang untuk menjaringkan gol, sebaliknya terpaksa akur tewas kepada Oman disebabkan kesilapan sendiri. - SHIDDIEQIIN ZON

Malaysia KO-man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUJIAN melangit terhadap skuad Harimau Malaya hasil kejayaan mengikat gergasi Korea Selatan 3-3 sewaktu Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada Januari lalu ‘memakan diri’ kerana ia seakan memberi harapan palsu kepada para peminat yang mengidamkan satu mata daripada dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Oman.

Barisan pemain juga seperti tidak mempelajari pengalaman sewaktu tewas 0-2 kepada Oman di Muscat minggu lalu apabila mereka sekali lagi menunjukkan kesalahan serupa apabila tumbang dengan keputusan sama kepada lawan di ranking No.80 dunia itu pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Kesilapan menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Omar Al-Maliki di penghujung separuh masa pertama sebelum kelekaan barisan pertahanan membolehkan Oman mudah meledak gol kedua menerusi Mohammed Al-Ghafri pada lewat babak kedua.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui situasi pasukan kini semakin sukar untuk meloloskan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 meskipun masih ada peluang dengan menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan dalam dua aksi terakhir pada Jun nanti.

Malah, peluang negara jiran yang juga seteru utama Malaysia iaitu Indonesia tampak lebih cerah menerusi kemenangan 3-0 ke atas Vietnam dikatakan berpunca penggambilan warisan berkualiti dari liga Eropah berbanding pemain-pemain naturalisasi yang gagal meninggalkan impak besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN