fbpx
Kebanyakan pasangan lebih suka mencari kanak-kanak di bawah usia dua tahun untuk dijadikan anak angkat kerana mahu membesarkan anak tersebut dari kecil. – GAMBAR HIASAN

Ramai penjaga tak berdaftar JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan terdapat lebih 3,000 kes individu yang tidak berdaftar sebagai penjaga sah kepada kanak-kanak yang dipelihara mereka dalam tempoh setahun.

Pengarah Jabatan Pemba­ngunan Kanak-kanak JKM, Dr. So­pian Brahim berkata, kes itu diterima melalui aduan dan penelitian yang dijalankan pihak­nya, namun beliau yakin jumlah tersebut adalah lebih tinggi kerana banyak kes yang ‘disorok’

Menurutnya, meskipun penjaga itu merupakan saudara-mara yang secara rela mahu menjaga anak saudara atau cucu, namun mereka tetap wajib mendaftar dengan jabatannya dalam tempoh dua minggu pengambilan.

Jelas beliau, anak pelihara selalunya melibatkan golongan kanak-kanak yatim piatu, tidak sah taraf, dibuang keluarga atau yang diserahkan oleh ibu bapa kandung sendiri atas faktor kesusahan hidup.

“Tak kiralah datuk sendiri yang nak jaga cucu atau saudara yang rela nak jaga anak-anak ini, mereka perlu tampil di mana-mana cawangan JKM untuk buat pengesahan bahawa mereka akan menjaga anak-anak itu.

“Ia perlu dibuat dalam tempoh dua minggu dan jika gagal mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya mengikut Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada Kosmo!.

Beliau berkata, JKM amat tegas berhubung perkara tersebut kerana tidak mahu timbul masalah lain terutama melibatkan isu-isu penderaan, pengabaian serta sindiket pemerdaga­ngan manusia sekiranya penjagaan itu tidak didaftarkan.

“Apabila tak daftar banyak yang kita risau, kadangkala boleh jadi juga mungkin di luar penge­tahuan pihak-pihak berwajib ini ada isu sindiket, penipuan dan pemalsuan dokumen, itu yang biasa kita terima dan sebab itu JKM perlu semak dari peringkat awal.

“Setelah berdaftar, maknanya jika ada sebarang hal atau bantuan kepada anak-anak itu, kita boleh rujuk dengan penjaga sah mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN