fbpx
Shafuan memasukkan bunga api di dalam bekas khas sebelum meledakkannya sebagai isyarat berbuka puasa untuk penduduk di Bukit Taman Panorama, Kuala Terengganu semalam.

Tradisi bedilan bunga api kejut berbuka, sahur di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Menjadi individu penting setiap kali Ramadan merupakan satu penghormatan apabila dipertanggungjawabkan membunyikan bedil atau bunga api sebagai isyarat waktu bersahur, imsak dan berbuka puasa.

Penyelia Piroteknik Red Flame Special Effect Sdn. Bhd., Shafuan Shafie, 38 berkata, tugas yang dipikul sejak 20 tahun lalu itu nampak mudah tetapi tanggungjawabnya amat besar.

“Saya tidak boleh leka sama ada tercepat atau terlewat walau sesaat nyalakan bedil setiap kali waktu sahur, imsak dan berbuka puasa tetapi sudah jadi tradisi semua lapisan masyarakat bandar raya ini menantikannya.

“Pengalaman terlewat dua minit nyalakan bedil sebagai isyarat waktu berbuka puasa sehingga kecoh lebih 10 tahun lalu menjadi pengajaran besar buat saya,” katanya ketika ditemui selepas menyalakan bedil di Bukit Taman Panorama di sini kelmarin.

Shafuan menjelaskan, kesilapan itu berpunca kelewatan isyarat dari stesen radio tempatan ekoran masalah teknikal.

Anak jati Kedah itu berkata, sejak itu, kini dia tidak bergantung lagi isyarat stesen radio sebaliknya gunakan aplikasi sendiri bagi menentu sahkan waktu berbuka puasa dan imsak.

“Setiap hari, tugas saya bermula dengan ambil bekalan bunga api di Balai Polis Kuala Terengganu pada pukul 6 petang sebelum daki puncak Bukit Taman Panorama dengan diiringi seorang anggota polis.

“Saya akan letak bunga api di dalam bekas khas diperbuat da­ripada besi yang dilengkapi kabel bersambung dengan bilik kawalan,” katanya.

Shafuan berkata, beliau kemudiannya akan menekan butang dari bilik kawalan untuk meledak bedilan sebaik tiba waktu berbuka puasa.

Katanya, beliau akan menaiki semula Bukit Taman Panorama mulai pukul 4.20 pagi esoknya untuk ulangi rutin sama bagi memaklumkan waktu sahur dan imsak kepada penduduk bandar raya itu.

Tradisi puasa, sahur dan imsak kepada penduduk Islam bandar raya itu telah bermula sejak tahun 1880.

Sebelum itu isyarat dimaklumkan menerusi bunyi loceng sebelum ditukar kepada letupan meriam, gong sebelum bunga api.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN