fbpx

Senat Argentina lulus ‘Cukai Jutawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua orang wanita berjalan melintasi pasukan polis antirusuhan yang berkawal di hadapan bangunan Kongres di Buenos Aires, Argentina semalam. - AFP

BUENOS AIRES – Senat Argentina semalam meluluskan rang undang-undang percukaian terhadap 12,000 golongan terkaya di negara itu untuk menampung perbelanjaan menangani situasi koronavirus.

Rang undang-undang tersebut mendapat sokongan seramai 42 ahli Senat manakala 26 lagi menentang cukai yang dianggap sebagai sumbangan solidariti itu selepas dibahaskan dengan panjang lebar.

Selain itu, pihak kerajaan berharap cukai tersebut dapat mengumpul sebanyak 300 bilion peso (RM14.9 bilion) dengan levi yang dibayar secara sekali gus.

Terdahulu, rang undang-undang tersebut telah diluluskan Dewan Rakyat dengan 133 undi menyokong manakala 115 lagi menentang.

Cukai tersebut yang juga digelar ‘Cukai Jutawan’ memerlukan golongan mempunyai aset melebihi 200 bilion peso (RM16.8 bilion) membayar kadar cukai progresif sehingga 3.5 peratus atas kekayaan di Argentina dan 5.25 peratus terhadap kekayaan di luar negara.

Hasil kutipan cukai berkenaan, 20 peratus daripadanya akan disalurkan untuk bekalan perubatan, manakala 20 peratus lagi kepada perniagaan kecil dan sederhana, pembangunan sosial (15 peratus), biasiswa pelajaran (20 peratus) dan kerjasama gas asli (25 peratus).

Menurut data Universiti Johns Hopkins, Argentina yang mempunyai populasi sebanyak 44 juta penduduk terjejas teruk akibat koronavirus dengan lebih 1.4 juta kes dan 39,500 kematian dilaporkan.

Pandemik telah memburukkan lagi kadar pengangguran serta kemiskinan negara yang berhadapan dengan kemelesetan sejak 2018. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN