fbpx
Persatuan-persatuan sukan tempatan bagaikan ‘senada’ dalam kegagalan mereka merapatkan jurang prestasi antara atlet senior dan junior. - Gambar hiasan

Malaysia perlukan ramai atlet berstatus bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERIHAL ketandusan pelapis berbakat akhirnya sudah menjadi barah yang merosakkan arena sukan negara.

Persatuan-persatuan sukan tempatan bagaikan ‘senada’ dalam kegagalan mereka merapatkan jurang prestasi antara atlet senior dan junior.

Biarpun kem skuasy negara memiliki atlet muda berpotensi, namun tiada seorang pun yang mampu menghampiri stan­dard juara terbuka dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol Ann ­David.

Perkara sama berlaku dalam skuad badminton negara setelah Lee Zii Jia terpaksa dikerah untuk menjadi setanding bekas pemain no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Terbaharu, pasukan terjun pula menghadapi masalah sama apabila Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri akui terbeban tanpa kesinambungan pelapis yang boleh menggantikan tempat mereka.

Rentetan itu, tidak keter­laluan dikatakan era kegemilangan sukan negara kini sudah mencapai ke detik-detik pengakhira­n­nya.

Impian meraih lebih banyak gelaran juara dunia dan me­rangkul emas Olimpik pertama negara bakal terkubur bersama persaraan atlet-atlet bintang.

Menurut pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan ­Ramli, tindakan persatuan meng­utamakan atlet bintang dalam setiap kejohanan atau temasya membawa padah.

Ujarnya, persatuan sering kali memberikan tumpuan kepada atlet cemerlang semata-­mata kerana individu ini mampu mengangkat dan mengharumkan nama persatuan.

“Amalan utamakan atlet bintang menyebabkan kesinambungan antara dua ‘generasi’ pemain tidak berlaku dengan sistematik.

“Seharusnya kita perlu menonjolkan lebih dari satu atlet berbakat dan jangan hanya berpuas hati dengan seorang sahaja sepanjang masa.

“Supaya apabila pemain se­nior bersara, atlet seterusnya sudah di tahap matang dan mampu terus menggantikan pemain se­nior itu,” katanya kepada Kosmo!.

Tambah Pekan, biarpun ‘kolam bakat’ Malaysia tidak ­besar, namun negara ini memiliki kepelbagaian bakat semula jadi yang perlu dicari dan dicungkil.

Tuturnya, kepelbagaian kaum di Malaysia memiliki ke­lebihan genetik berbeza yang harus dimanfaatkan.

“Sebagai contoh, kita boleh lihat anak Orang Asli memiliki stamina yang tinggi dan anak orang Bajau Laut sebenarnya jaguh berenang.

“Mereka ini memiliki kebo­lehan semula jadi yang boleh digilap mengikut acuan sukan. Ini sama juga untuk
bangsa-bangsa lain,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Pekan berkata, perkara itu hanya boleh tercapai sekiranya pencarian bakat baru tidak terhenti di pertandingan-pertan­dingan di peringkat akar umbi sahaja.

Ini kerana sesetengah bakat tidak menemui ‘jalan’ untuk menyerlah kerana kekangan kewangan atau pengetahuan.

“Oleh kerana ramai pencari bakat tertumpu pada juara kejohanan semata-mata, kolam bakat menjadi kecil dan ­sempit.

“Tidak semua orang ­mampu hantar anak untuk masuk pertandingan sukan. Jadi

ba­nyak jaguh sukan sebenar tidak dapat diterokai kerana keka­ngan tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN