fbpx
Mohamed Ghazali menunjukkan simpanan air yang belum digunakannya di Restoran Nasi Kandar Hameediyah, George Town, kelmarin. – IQBAL HAMDAN

Penduduk P. Pinang rayu diskaun bil air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengguna air di Pulau Pinang terutama pengusaha restoran merayu pengecua­lian bayaran bil air untuk sebulan rentetan penggunaannya yang tidak terkawal ketika persiapan gangguan bekalan air berjadual bermula 10 Januari lalu.

Mereka memohon ihsan pertimbangan dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) agar potongan harga itu diberikan kepada semua pengguna air yang terjejas, baru-baru ini.

Bukan setakat itu, ada dalam kalangan mereka mula melahirkan kebimbangan mengenai kadar bulanan bil air yang bakal dikenakan mereka nanti.

Pengarah Restoran Nasi Kandar Hameediyah, Mohamed Ghazali Ahamed Seeni Pakir berkata, pihaknya telah mem­belanjakan kira-kira hampir RM30,000 untuk menyewa tong air hitam dan biru sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan berjadual selama empat hari, minggu lalu.

Menurutnya, sebanyak 42 tong air hitam disewa selama empat hari untuk kegunaan di dua premis yang beroperasi di pusat bandar dan Sungai Ara sepanjang gangguan bekalan berlaku.

“Sudah tentu kami perlu membuat persiapan awal sebelum berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari dan sepanjang tempoh itu juga kami membuka operasi perniagaan seperti biasa.

“Kami menempatkan seba­nyak 30 tong hitam berisi 300 gelen air setiap unit di premis yang terletak di George Town bersama 12 tong biru bersaiz 200 liter, manakala 12 tong hitam lagi di­letakkan di premis di Sungai Ara.

“Kami tidak sangka yang bekalan air pulih dengan cepat dalam tempoh 48 jam kemudian di bahagian pulau. Kami (di cawangan George Town) hanya sempat guna simpanan air dari tiga tong hitam sahaja, manakala 27 lagi belum digunakan sehingga hari ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kata Mohamed Ghazali, dia telah berlaku pembaziran penggunaan stok air yang disimpan di dalam tangki hitam di restorannya ketika ini dan tujuan pe­nyimpanan air yang banyak adalah untuk kegunaan restoran, 95 pekerja termasuk para pelanggannya yang berkunjung ketika waktu kemuncak iaitu Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, seorang pengguna air, Ariq Ismail, 52, berkata, dia juga meminta kerjasama PBAPP untuk pengecualian bayaran bil air atau potongan 50 peratus untuk tempoh sebulan iaitu Januari sebelum pelaksana­an tarif air baharu menjelang Februari depan.

Dakwanya, kebiasaannya dia dikenakan bayaran kira-kira RM120 sebulan untuk bil air di kediaman yang didiami bersama 8 ahli keluarga.

“Kami guna banyak air untuk disimpan dalam lebih 20 bekas termasuk baldi, tong air dan kolam sebagai kegunaan empat hari,” katanya.

Terdahulu 120,000 akaun pengguna di daerah Barat Daya akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 16 jam.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN