fbpx
Hotel Casuarina @Meru terletak di lokasi strategik yang mudah diakses dari laluan lebuh raya utama.

Hotel Casuarina@Meru miliki pusat persidangan terbesar di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Keunikan Ipoh, Perak bagi pelancong bukan sahaja terletak pada pelbagai tarikan menarik yang berkaitan dengan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna, batu kapur, penerokaan gua tetapi juga destinasi itu menawarkan pelbagai makanan dan minuman selain buah-buahan popular.

Tidak lengkap juga rasanya jika percutian tersebut tidak diisi dengan penginapan di hotel-hotel terbaik di bandar tersebut dan Hotel Casuarina@ Meru milik anak syarikat kerajaan negeri Perak menjadi salah satu pilihan pengunjung dan ia turut tersenarai sebagai antara nama besar industri perhotelan di negeri Perak.

Lebih menarik, pengoperasian premis hotel yang terletak di lokasi strategik di Meru, Ipoh diketuai oleh Pengurus Besar, Sabrina Ahmad Tah yang berpengalaman dalam industri perhotelan dan pemasaran sejak hampir setahun lalu.

Melalui ‘air tangannya’ itu, hotel yang memiliki 146 bilik dalam pelbagai jenis bilik itu sering menjadi pilihan pelanggan daripada sektor kerajaan dan swasta untuk penganjuran majlis daripada bersaiz kecil hinggalah mendapat kepercayaan untuk menjayakan majlis makan malam yang melibatkan sehingga hampir 1,200 tetamu dalam satu-satu masa.

“Selain menawarkan bilik hotel yang selesa lengkap dengan kemudahan, kami juga memiliki pusat persidangan yang besar dengan tawaran perkhidmatan yang berkualiti.

“Bagi meraikan dan menjayakan Kempen Tahun Melawat Perak pada tahun ini, kami juga memerlukan sokongan daripada agensi pelancongan untuk sama-sama terlibat dalam menjayakan kempen ini dengan menganjurkan pelbagai program demi menarik lebih ramai pelancong bercuti di Ipoh,” katanya kepada Kosmo! Ketika ditemui baru-baru ini.

Kosmo!: Boleh jelaskan perkembangan terbaharu Casuarina@ Meru?
Sabrina: Kami baru sahaja melancarkan Set Talam yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersempena Tahun Melawat Perak 2024 bagi mengembalikan cita rasa masakan melayu di negeri Perak.

Kami juga akan me­lancarkan Smiley Campaign yang mana ini akan memberi kelainan ketika kakitangan hotel men­yambut pelanggan yang berkunjung ke hotel ini dengan penuh mesra. Hotel ini juga adalah antara pilihan pelancong luar dan juga masyarakat di negeri ini untuk menginap selain menghadiri pelbagai majlis sama ada anjuran pihak kerajaan dan juga korporat.

Ia juga menjadi destinasi per­singgahan mereka yang sedang dalam perjalanan dari Utara ke Selatan atau sebaliknya, malah ada yang memilih hotel ini untuk berehat akibat kesesakan di lebuh raya.

Kami memiliki 146 bilik pelbagai jenis kategori iaitu daripada jenis Superior, Deluxe, Studio Suite, Family Suite, Presidential Suite hinggalah kepada Royal Suite. Hotel ini juga terletak berhadapan dengan Bulatan Sultan Azlan Shah yang mana ia menjadi tumpuan masyarakat untuk bersantai dan berehat bersama keluarga, berhibur dengan pelbagai permainan serta jualan makanan dan minuman di sekitar kawasan.

Apakah keunikan hotel ini berbanding hotel lain di Ipoh?
Hotel ini merupakan pilihan unggul berbanding hotel lain ke­rana ia tidak hanya menawarkan kemudahan pusat persidangan besar yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta, tetapi juga mengetengahkan masakan kulinari Melayu yang berkualiti.

Dengan menonjolkan keunikan masakan tempatan yang kaya dengan rasa dan wa­risan budaya, hotel ini memberikan pengalaman kuliner yang istimewa kepada tetamu, memenuhi selera pelanggan tempatan dan antarabangsa. Gabungan kelebihan ini juga telah memberi daya saing dan me­ngukuhkan jenamanya menjadi hotel pilihan pelanggan pada masa sekarang.

Berapa peratus disumbangkan daripada tempahan majlis dan juga bilik penginapan?
Lebih kurang 70 peratus daripada pendapatan kami adalah hasil daripada tempahan majlis dan persidangan, manakala baki daripadanya adalah segmen jualan bilik.

Dari segi tempahan majlis, sebanyak 60 peratus daripadanya diperoleh daripada sektor kerajaan. Kami menyasarkan lebih banyak syarikat daripada sektor swasta untuk memilih Casuarina Convention Centre (CCC) sebagai lokasi pilihan bagi persidangan dan seminar mereka pada tahun ini.

Berapakah kadar harga penginapan bilik di hotel ini, apa perancangan terbaharu?
Harga penginapan bermula dari RM250 semalam untuk bilik kategori Superior. Kami juga sedang menyusun pelbagai program sampingan terutamanya pada hujung minggu.

Ini terma­suk persembahan kebudayaan yang mana kami mengundang sekolah-sekolah yang mempunyai bakat-bakat muda untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam ruang khas yang disediakan di sini.

Selain itu, kami juga akan menganjurkan Laman Tradisi Kraftangan Melayu bagi mempromosikan warisan seni tradisional Perak kepada para pengunjung dan tetamu hotel.

Apakah cabaran besar hotel pada masa sekarang?
Selain daripada cabaran pasca pandemik dan terkesan daripada perubahan kepada trend digita­lisasi, kehadiran tenaga separuh mahir di sini merupakan faktor yang agak kritikal dalam bidang perhotelan. Anak-anak muda kini cenderung untuk memilih pekerjaan yang lebih mudah de­ngan pendapatan yang lebih tinggi dan berhijrah ke bandar besar.

Hotel ini sudah berusia 10 tahun, adakah ia perlu melalui satu proses pengubahsuaian?
Insya-Allah, pengubahsuaian masih dalam peringkat penyusunan dan perbincangan. ­Pengubahsuaian sangat penting bagi membantu memastikan hotel ini tetap menarik, relevan, dan mampu bersaing dalam industri perhotelan yang sentiasa berubah.

Selain itu, pengubahsuaian juga dapat meningkatkan pengalaman tetamu, memperbaharui fasiliti dan menyelaraskan hotel dengan trend terkini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN