fbpx

Kim Jong-un didakwa takut perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Jong-un bersama isteri, Ri Sol-ju ketika menghadiri lawatan ke Beijing, China pada 2018. - AFP

PYONGYANG, Korea Utara – Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un adalah  seorang  yang suka menyendiri dan takut kepada perempuan, kata salah seorang bekas rakan sekelasnya.

Penulis buku,  Anna Fifields mendedahkan bahawa pemimpin bertubuh gempal itu tidak pandai berfoya, malah sering mengelak daripada bertentangan mata dengan rakan perempuan ketika beliau membesar di Switzerland, lapor portal Express.

Fifield berkata, dia mengenali Jong-un ketika zaman remajanya di Sekolah Persendirian Antarabangsa Berne dan Schule Liebefeld Steinholzli di Switzerland.

Beliau tidak menghadiri sebarang kem anjuran sekolah, tidak berparti atau menyentuh minuman keras.

“Jong-un juga suka menyendiri dan tidak pernah berkongsi apa-apa tentang kehidupan peribadinya,” kata Fifield dalam buku bertajuk The Great Successor: The Secret Rise and Rule of Kim Jong-un. 

Jong-un juga dilaporkan tidak begitu menyerlah dalam pelajaran,  namun berjaya menamatkan sekolah tinggi hingga gred sembilan pada usia 14 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN