fbpx

MB Perlis tidak direman, dibenar pulang selepas beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli tidak direman dan telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi admin akaun Facebook rasmi menteri besar itu sebentar tadi.

Terdahulu, beliau hadir memberi keterangan selama tiga jam bermula kira-kira pukul 10 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.

Ia didakwa melibatkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI