fbpx
Antara tangkap layar dalam aplikasi dating menunjukkan perbualan beberapa remaja perempuan yang ingin mencari pasangan lelaki.

Pantau sebelum anak cari keseronokan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawal tingkah laku dan aktiviti anak-anak bagi mengelak mereka terlibat dalam perbuatan sosial yang boleh mengundang masalah.

Pakar Kaunseling Keluarga, Hushim Salleh berkata, ibu bapa zaman sekarang juga perlu lebih celik teknologi dan tidak terlalu memanjakan anak sehingga memberikan 100 peratus kebebasan kepada mereka.

“Kadangkala, ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat memantau aktiviti anak-anak di rumah. Akibatnya, anak yang kurang perhatian ini memilih untuk mendapatkan kasih sayang daripada orang lain.

“Lebih menakutkan sekiranya anak memilih lelaki yang mereka jumpa menerusi aplikasi online. Apabila anak sudah tertangkap, barulah ibu bapa kesal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Beliau berkata, ramai ibu bapa telah datang berjumpa dengan­nya selepas anak-anak mereka terjebak dalam masalah sosial dan hubungan terlarang terma­suk menerusi aplikasi da­ting.

“Remaja ketagih dengan aplikasi sembang dan janji temu dalam talian bukanlah perkara baharu, malah ramai yang menjadi mangsa sehingga ada yang terlanjur dan hamil,” tegasnya.

Tambahnya, antara faktor utama yang menyebabkan remaja gemar menghabiskan masa menggunakan aplikasi sebegini adalah kerana menginginkan keseronokan dan juga perhatian daripada orang lain.

“Golongan remaja yang ber­usia 13 hingga 17 tahun ini masih belum matang. Apa yang mereka fikir hanyalah keseronokan. Mereka suka orang ‘like’ dan komen gambar, puji mereka cantik dan sebagainya.

“Tetapi mereka tidak tahu bahaya sebenar yang menanti. Entah siapa lelaki yang mereka mesej itu, tidak ada siapapun yang tahu kerana laman sembang sebegini selalunya bersifat ‘anonymous’,” ulasnya.

Tambahnya, faktor lain seperti masalah keluarga dan kurangnya kasih sayang serta didikan yang merupakan antara punca remaja ini menjadi liar dan berani bertemu orang tidak dikenali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN