fbpx
FARAH AYUNI (tengah) terpaksa menerima rawatan di HRPB disebabkan masalah hidrasi dan tidak sempat beraksi menentang Australia pada penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Tuanku Zara di Ipoh hari ini. - MHC

Malaysia hilang penjaga gol berpengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penjaga gol utama skuad hoki dalam dewan wanita negara, Farah Ayuni Yahya terlepas aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Tuanku Zara menentang Australia di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Penjaga gol berpengalaman yang terkenal dengan gelaran ‘Ninja’ itu tidak dapat bersama rakan sepasukannya disebabkan masalah kesihatan selepas terpaksa dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kelmarin.

“Ramai tanya kenapa saya tidak bermain menentang New Zealand tadi (semalam). Selepas habis perlawanan lawan Swiss (Switzerland) semalam (kelmarin), saya muntah teruk dan terus dihantar ke hospital (HRPB).

“Doktor beritahu saya, ‘kamu terlalu penat dan dehidrasi’. Maaf dan terima kasih atas doa dan semangatnya. Apapun teruskan sokong pasukan untuk perlawanan ketiga dan keempat,” kata Farah Ayuni.

AZWEEN (tengah) beraksi cemerlang menggantikan tempat Farah Ayuni ketika menang 5-4 ke atas New Zealand pada aksi Piala Tuanku Zara di Ipoh semalam. – MHC

Menariknya, Farah Ayuni turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika Malaysia mencipta kejutan menewaskan Switzerland 3-1 kelmarin, beberapa jam sebelum terpaksa menerima rawatan di HRPB.

Ketiadaan bekas penjaga gol terbaik Asia dua kali dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia itu sememangnya amat dirasai, namun skuad wanita masih boleh mengharapkan penjaga gol kedua, Azween Zureen Zahari.

Walaupun baru turun membuat kaps antarabangsa pertama tetapi Azween cemerlang memastikan skuad negara menang 5-4 ke atas New Zealand pada aksi terakhir liga sepusingan semalam.

Kemenangan itu selain keputusan seri 1-1 Australia dan Namibia membolehkan skuad bimbingan Mohd. Badrul Hisham Osman itu mengesahkan kedudukan tempat keempat, sekali gus mencapai sasaran diletakkan pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN