fbpx

Kementerian Pertahanan cadang perkenal semula PLKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan bercadang melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk golongan belia di negara ini selepas ia dimansuhkan pada tahun 2018.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan pelaksanaan semula program itu berikutan ia dilihat memberi impak positif kepada remaja seperti membentuk semangat patriotisme mereka.

“Ia juga bersesuaian dengan perintah Menteri Kerajaan Perseketuan yang meletakkan semula PLKN di bawah Kementerian Pertahanan. Kita akan sediakan memorandum Jemaah Menteri untuk diluluskan Kabinet,” katanya di Dewan Rakyat tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu mengetahui mengapa PLKN dihentikan selain mencadangkan supaya program itu diteruskan semula.

Bercakap mengenai status jurulatih PLKN yang ditamatkan kontrak, Ismail berkata, mereka telah ditempatkan di pelbagai agensi kerajaan dan kementerian terlibat bagi tempoh setahun mulai 2019 hingga 2020.

“Ia bagi memberi peluang kepada pegawai terbabit untuk menampung kehidupan sebelum mendapat pekerjaan lain.

“Bagi cadangan agar pegawai terlibat diserapkan ke dalam kementerian atau agensi lain pula, perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI