RONALDO (kiri) meledak dua gol buat Portugal menewaskan Slovakia 3-2 pada aksi kelayakan Kejohanan EURO 2024 di Estadio do Dragao awal pagi tadi. - AFP

Ronaldo ledak gol antarabangsa ke-125

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORTO – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo terus membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol buat Portugal menewaskan Slovakia 3-2 pada aksi kelayakan Kejohanan EURO 2024 di Estadio do Dragao awal pagi tadi.

Ia adalah koleksi jaringan antarabangsanya yang ke-125 dalam 202 penampilan bersama Portugal, 38, sejak membuat debut bersama bekas juara Eropah itu pada 2003.

Menariknya, dua gol daripada pemenang lima Ballon d’Or itu telah melayakkan Portugal ke Kejohanan EURO 2024 di Jerman yang akan bermula Jun tahun depan walaupun masih mempunyai baki tiga aksi kelayakan.

Dalam aksi itu, Portugal mendapat gol pertama menerusi Goncalo Ramos pada minit ke-18 sebelum Ronaldo yang kini beraksi dengan Al-Nassr, meledak dua jaringan pada minit ke-29 serta 72.

Dua gol Slovakia pula dihasilkan oleh David Hancko dan Stanislav Lobotka masing-masing pada minit ke-69 serta 80. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN