fbpx
FELDA Kemasul, Kemahal dan Chemomoi di kawasan Pelangai mempunyai seramai 7,900 adalah pengundi Melayu yang berdaftar ketika ini.

Tiga kawasan Felda penentu kemenangan calon Pelangai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Kawasan Tanah Rancangan Felda dilihat menjadi rebutan kedua-dua pihak sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pela­ngai apabila kawasan berkenaan merekodkan kira-kira 50 peratus pengundi daripada keseluruhan 16,456 pengundi.

Tiga kawasan tanah ranca­ngan tersebut iaitu Felda Kemasul, Felda Kemahal dan Felda Chemomoi mempunyai kira-kira 7,979 pengundi dengan kira-kira 7,900 adalah pengundi Melayu.

Jadi sudah tentu kedua-dua parti orang Melayu iaitu UMNO dan Pas memberikan tumpuan dalam meraih undi di kawasan Felda yang sebelum ini dilihat menjadi penentu kepada kemenangan dalam pilihan raya apabila tanah rancangan Felda kini tidak lagi menjadi deposit tetap kepada mana-mana parti.

Kedua-dua parti dilihat te­rus bergerak agresif di kawasan Felda yang merupakan kawasan penentu yang juga merekodkan pengundi pengundi Melayu teramai iaitu 66 peratus daripada keseluruhan 11,951 pengundi Melayu di DUN Pelangai.

Namun selepas kira-kira 10 hari kempen menyaksikan tiada mana-mana parti dilihat mampu menguasai sepenuhnya kawasan Felda yang dilihat memberikan saingan 50-50 kepada kedua-dua parti.

Penyelaras BN di Felda Kemasul, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin mengakui bahawa undi di Felda menjadi rebutan antara BN dan PN memandangkan hampir separuh pengundi DUN Pelangai adalah daripada Felda.

Katanya, BN telah berkampung dan memberi penjelasan serta mendekati warga Felda khusus­nya anak-anak muda mengenai segala sentimen dibangkitkan pembangkang yang tidak memberikan faedah berbanding prestasi sebenar kerajaan negeri dan apa yang dirancang untuk Felda.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga optimis pengundi Felda khususnya di Kemasul akan memilih BN, malah kali ini menyaksikan BN mampu me­ningkatkan majoriti di kawasan-kawasan Felda.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau optimis gelombang hijau akan terus menggegarkan kawasan Felda yang bakal menyaksikan kebangkitan anak-anak muda bersama PN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN