MARRAKESH, Maghribi – Gempa bumi kuat berukuran 6. 8 pada skala Richter menggegarkan Maghribi lewat semalam dan mengorbankan hampir 300 orang, demikian menurut anggaran awal kerajaan.
Gempa itu menyebabkan banyak bangunan musnah atau rosak, manakala orang ramai yang ketakutan, bertaburan lari ke jalan-jalan di Marrakesh.
Kebanyakan kematian berlaku di rantau Marrakesh dan wilayah Ouarzazate, jauh ke selatan negara itu, lapor media tempatan.
Gempa berlaku 71 kilometer ke barat daya Marrakesh pada kedalaman 18.5 kilometer, pukul 11.11 malam (waktu tempatan) kata Pejabat Kajian Geologi Amerika Syarikat. – AFP














