fbpx
Kereta EV model BYD Dolphin hanya dijual pada harga serendah RM99,900. – GAMBAR HIASAN

Makin ramai dalam diam tempah EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permintaan kenderaan elektrik (EV) di negara ini semakin meningkat ­se­i­ring dengan infrastruktur seperti tempat pengecasan yang ma­kin banyak disediakan.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, beliau melihat pe­langgan sudah bersedia untuk menerima EV dan permintaan semakin menggalakkan.

“BMW menerima permintaan EV yang menggalakkan kerana sehingga Julai 2023 sahaja, sebanyak 1,290 EV untuk model BMW dan MINI sudah diserahkan kepada pelanggan berban­ding sepanjang 2022 berjumlah 1,557,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Tan Sri Ben Yeoh pula berkata, bagi pihak Mazda, syarikat akan mengkaji untuk memperkenalkan pilihan yang lebih bersih seperti mild hibrid kerana beliau percaya itu adalah langkah pertama sebelum memasuki kenderaan hibrid dan elektrik sepenuhnya.

Beliau memberitahu, pihak­nya tidak mahu ketinggalan dalam usaha ini dan insentif, pendidikan serta disiplin diri diperlukan untuk merangsang minat pengguna terhadap EV.

“Kia juga telah mengenal pasti matlamat jangka panjang dan menekankan elektrifikasi,” katanya yang turut memasarkan jenama Kia dan Peugeot di ­Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN