fbpx
Keadaan dasar laut yang berlumpur menganggu perjalanan pasukan itu. - Nine News/Darwin

Toyota Landcruiser dipandu 7 kilometer di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CANBERRA, Australia – Sekumpulan peminat kereta di Australia mencipta rekod dunia baharu dengan memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda sejauh 7 kilometer di dasar laut, lapor laman Oddity Central semalam.

Berpuluh-puluh orang berkumpul di Pantai Mandorah, utara Australia untuk menyaksikan sebuah Toyota Landcruiser keluaran 1978 dipandu di dalam laut pada 29 Julai lalu.

Digelar sebagai ‘ketam lumpur’, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu dari Pantai Mandorah ke Pelabuhan Darwin itu berjaya mencipta rekod dunia baharu untuk kategori jarak terjauh ditempuhi sebuah kereta dipandu dalam air.

Ia dibeli secara online oleh sekumpulan rakan pada harga sekitar AUS$5,000 (RM14,989). Mereka kemudian menukarnya menjadi kenderaan elektrik berpenebat sehingga boleh dipandu dalam air.

Pasukan terdiri daripada jurutera mekanikal dan penyelam itu telah menambah baik enjin kalis airnya,  manakala semua komponen disalut menggunakan minyak silikon.

Empat tayar lama kemudian digantikan dengan tayar Maxxis Trepador yang boleh bertahan dalam keadaan berpasir di dasar lautan. 

Tayar-tayar itu tidak boleh diisi dengan udara bagi mengelak penambahan daya apung, jadi ia digantikan dengan air sehingga beratnya mencecah 150 kilogram setiap satu.

Pasukan itu tidak akan memohon sijil Guinness World Records disebabkan kos yang digunakan, namun percubaan itu dianggap pemanduan paling lama pernah dicapai dengan margin yang agak besar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN