fbpx
Empat individu direman 7 hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pencemaran Sungai Selangor.

Pencemaran Sungai Selangor, 4 individu direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAYANG – Empat termasuk dua pengarah sebuah syarikat pembinaan jalan raya ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini berhubung pencemaran bau bahan pelarut di Sungai Selangor semalam.

Mereka yang direman ialah seorang wanita dan seorang lelaki yang merupakan pengarah syarikat, manakala dua lagi lelaki yang direman salah seorangnya warganegara Bangladesh.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga 17 November itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Hafizah Rajuni ke atas kesemua suspek berusia 33 hingga 43 tahun.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan jika sabit kesalahan.

Terdahulu polis Selangor menahan empat individu itu yang dipercayai terbabit dalam kes kejadian pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Lembah Klang bermula tengah malam hingga awal pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN