fbpx
Gambar hiasan

Pinda akta kukuhkan sistem keselamatan siber negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan sedang melaksanakan penambahbaikan bagi meminda Akta 708 Akta Perlindungan Data Peribadi dalam usaha mengukuhkan sistem keselamatan siber negara.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, masalah utama yang dihadapi ketika ni adalah berkaitan ­ke­s­elamatan siber bagi pangkalan data pengguna.

“Antara usaha di pihak kita (kerajaan) adalah membawa pindaan dalam Akta 709 Akta Perlindungan Data Peribadi ke Parlimen untuk diluluskan.

“Ada penambahbaikan yang perlu dibuat memandangkan Akta 709 pada waktu ini agak lapuk. Banyak yang berubah terutama konsep data itu sendiri.

“Sebagai contoh, data geo­lokasi ketika ini tidak dikira sebagai data dalam Akta 709, ini yang kita perlu perluaskan. Pada masa sama, saya lihat kita perlu penguat­kuasaan bagi memantapkan National Scam Response Centre (NSRC),” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut Fahmi, Bank Negara (BNM) meminta pihaknya untuk mempengerusikan pasukan petugas khas bersama beberapa agensi lain bagi merangka semula elemen tambah baik bagi me­ngukuhkan penglibatan NSRC.

Selain BNM, pasukan khas itu turut melibatkan Kementerian Kewangan, Polis Diraja Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan beberapa agensi lain.

“Ketika ini antara langkah yang boleh kita lakukan adalah menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) de­ngan menyekat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mempunyai pautan dan sejumlah panggilan telefon yang dibuat juga boleh disekat.

“Tetapi tindakan seperti phishing attack (serangan phishing) atau menghantar maklumat dengan niat untuk mendapatkan respons sehingga pengguna tekan pautan dan muat turun aplikasi yang mengandungi kod hasad, kita akan teliti.

“Kita akan memantapkan aspek keselamatan siber, perlin­dungan data peribadi serta kerjasama antara agensi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN