fbpx
ROSSI mendedahkan bahawa Yamaha berdepan masalah cengkaman tayar selain enjin yang tidak konsisten pada GP Europa hujung minggu lalu. – AFP

Rossi terkejut prestasi jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Va­lentino Rossi mengakui terkejut dengan prestasi jentera pasukan itu pada Grand Prix (GP) Europa di Litar Ricardo Tormo Ahad lalu.

Pada saingan musim ini, Yamaha menjadi pasukan pa­ling cemerlang apabila mencatat enam kemenangan dalam semua perlumbaan, mengatasi pencapaian pasukan-pasukan lain.

Bagaimanapun, Rossi me­negaskan, prestasi jentera Yamaha semakin merosot lebih-lebih lagi gagal mencatat keputusan memberangsangkan di Valencia.

“Kami berdepan situasi cukup sukar di Yamaha kerana kami seolah-olah tidak dapat memahami keadaan tayar. Sebelum ini, kami cemerlang menerusi Franco (Morbidelli).

“Bagaimanapun, kami sa­ngat bergelut pada perlumbaan di Valencia kerana tayar seperti tidak mencengkam. Kami juga berdepan masalah enjin yang tidak konsisten,” ujar Rossi meluahkan kekecewaan.

Justeru, juara MotoGP tujuh kali itu berharap pasukannya mampu menyelesaikan masalah tersebut menjelang GP Valencia di litar sama hujung minggu ini.

“Saya selalu cakap kepada pasukan bahawa jentera berdepan masalah enjin kerana terlalu perlahan pada laluan lurus. Ia menyebabkan tunggangan kami terganggu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN