PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berjaya menarik perhatian ramai apabila tular rakaman gelagatnya yang berlakon seolah-olah berada di alam kubur.
Menerusi perkongsian video oleh Aqilah Shaari di TikTok kelmarin, kanak-kanak tersebut meminta neneknya untuk bertanyakan beberapa soalan seperti kejadian sebenar berada di alam barzakh.
āKalau tanya siapa tuhan kamu nak jawab apa?,ā soal neneknya.
āAllah,ā balas kanak-kanak tersebut.
āHa, pandai pun. Siapa nabi kamu?,ā soal neneknya lagi.
āNabi Muhammad SAW,ā sahut kanak-kanak tersebut.
āApa kitab kamu,ā tanya neneknya.
āKitab al-Quran,ā balas kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun, terdapat satu adegan lucu pada akhir video yang dimuat naik itu apabila kanak-kanak tersebut turut memanggil āucu manaā.
Pertanyaan kanak-kanak itu menjadi bualan ramai di ruangan komen apabila mereka menyifatkan dia mahu peneman untuk berada bersama di dalam kotak.
āMana ucu dia, mungkin budak ini dah mula rasa takut duduk lama dalam gelap, dia nak ucu dia teman sekali,ā kata @Aliyaaa.
āBukan biasa-biasa mainan nenek dengan cucu ini, seram kalau acik āautoā lompat keluar dik,ā seloroh @Lin77.
āAcik dulu pun pernah terfikir nak main kubur-kubur, baru tutuo kotak terus menangis takut acik dibuatnya. Kau hati kental dik, siap boleh jawab soalan nenek,ā puji Rose. – KOSMO! ONLINE
@qeylashaariAdoii anak buah aku šš
















