fbpx
Penjaja di Kelantan yang menghadapi masalah kewangan boleh mendapatkan pinjaman daripada persatuan peniaga. – GAMBAR HIASAN

‘Minta bantuan daripada persatuan, bukan main judi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan (Dewan Melayu Kelantan) sedang memantau aktiviti perjudian online dalam kalangan ahli atau usa­hawan yang berdaftar de­ngan pihaknya.

Yang Dipertuanya, Wan Zulkifli Wan Abdullah berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau maklumat mengenai penglibatan ahlinya dengan judi online bagi tujuan mendapatkan modal perniagaan.

“Bagaimanapun, kita sedang pantau kegiatan ini yang dikatakan telah dipromosikan secara besar-besaran kepada peniaga atau penjaja.

“Kami juga sudah menasihatkan usahawan di Kelantan agar tidak perlu terlibat dalam kegiatan ini memandangkan ia salah di sisi agama,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Wan Zulkifli berkata, Dewan Melayu Kelantan berperanan sebagai pemudah cara untuk ahli dan usahawan di negeri ini untuk mendapatkan nasihat seperti pinjaman atau geran bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Katanya, langkah tersebut akan dapat meringankan beban usahawan di peringkat awal memulakan perniagaan jika mengikut saluran yang betul.

“Sehubungan itu, kami mendesak pihak berkuasa untuk mengawal aktiviti promosi perjudian dalam talian yang sedang berleluasa ketika ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Pasar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan peniaga dan membantu mereka jika berada dalam kesusahan.

“Setakat ini, kita belum me­nerima sebarang maklumat jelas berhubung peniaga di sini yang terlibat dengan judi dalam talian. Kalau secara sembunyi, saya tidak tahu dan itu di luar penge­tahuan kita.

“Dalam usaha untuk membantu peniaga, kita juga mengambil langkah terbaik untuk memastikan mereka meneruskan perniagaan dengan kerjasama pihak bank yang menawarkan pinjaman tanpa faedah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN