fbpx
ANTARA persimpangan lampu isyarat di Bentong yang dipasang dengan kemudahan CCTV tetapi tidak berfungsi dengan baik.

CCTV di Bentong sekadar hiasan, tak berfungsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Pernah dinobatkan sebagai Bandar Bahagia, Bentong yang terletak berhampiran Lembah Kelang menjadi antara lokasi tumpuan sama ada sebagai laluan orang ramai yang menuju ke negeri di Pantai Timur atau pun sebagai destinasi pelancongan.

Jadi, tidak hairanlah bandar berkenaan mempunyai infrastuktur lengkap untuk kemudahan kepada orang ramai.

Dalam aspek keselamatan, pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) juga telah lama dilakukan dalam usaha pencegahan jenayah dan sebagainya.

Namun, kemudahan CCTV yang dianggap agak banyak itu hanyalah sekadar hiasan apabila didakwa sudah tidak berfungsi.

Tinjauan Kosmo! mendapati, CCTV kelihatan di hampir setiap lampu isyarat dan kawasan persimpangan serta lokasi strategik sama ada di kawasan bandar atau pun penempatan penduduk.

Seorang penduduk Azrul Ridhuan Abdul Rahman, 37, berkata, dia kecewa apabila mengetahui pemasangan CCTV berkenaan didakwa tidak memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Dia yang tinggal di Tras di sini berkata, ekoran CCTV berkenaan tidak berfungsi, dia mengalami kesukaran dalam mengesan keretanya yang hilang ketika di­letakkan di tempat letak kereta di kawasan Flat Batu Satu di sini baru-baru ini.

“Selepas membuat laporan polis, saya meletakkan harapan besar agar kereta yang baru dua bulan dibeli itu dapat ditemukan kerana saya mendapati banyak CCTV dipasang sepanjang laluan ke rumah saya.

“Namun, apabila saya pergi ke Majlis Perbandaran Bentong, saya hampa dengan jawapan mereka bahawa perkhidmatan CCTV sudah tiada dan bilik kawalan CCTV pun sudah tidak beroperasi,” katanya kepada Kos­mo! di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai sebuah Bandar Bahagia dan terletak berhampiran Lembah Klang serta menjadi lokasi kunjungan orang ramai serta pelancong, pihak berkuasa seharusnya lebih cakna dan menyelenggara kemudahan CCTV yang ada.

Katanya, apa yang menyedih­kan apabila kemudahan CCTV itu sudah menjadi satu pembaziran apabila tidak berfungsi dan hanya dibiarkan sebagai hiasan.

“Sebagai rakyat biasa, saya hanya tertanya-tanya kenapa CCTV dijadikan hiasan, apa masalah sehingga mereka tidak dapat menyelesaikan perkara yang melibatkan kepentingan rakyat itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihak polis telah memberikan senarai lokasi yang dicadangan pemasangan CCTV kepada pihak berkuasa tempatan sebelum ini.

Katanya, lokasi yang diberikan difikirkan sesuai untuk pencegahan jenayah dan sebagainya di sekitar kawasan Bentong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN