fbpx

Piala FA: JDT sedia pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT merupakan penyandang juara Piala FA musim lalu dan mahu memastikan mereka berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya itu.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberikan aksi terbaik ketika berdepan Penang FC dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA pada aksi suku akhir di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Jurulatihnya, Esteban Solari berkata, skuad Harimau Selatan kini berada di prestasi terbaik setelah merekodkan 12 kemenangan berturut-turut pada saingan Liga Super dengan meledak 49 gol.

Bagaimanapun, beliau berkata, JDT perlu memberi konsentrasi penuh ketika berdepan skuad Harimau Kumbang yang pastinya mempunyai perancangan rapi untuk mengejutkan pasukan tuan rumah.

“Kini JDT sudah berada di peringkat suku akhir, tentangan yang kita akan hadapi menjadi lebih hebat pada aksi kalah mati ini. Pasukan lawan akan memberikan segalanya untuk mencipta kemenangan.

“Seperti yang kita sedia maklum, Penang merupakan pasukan yang mempunyai strategi yang baik dan dibarisi pemain yang pantas, faktor ini akan memberikan kesukaran kepada kita.

“Sehubungan itu, semua pemain perlu menunjukkan komitmen penuh dan memberikan aksi yang terbaik untuk melangkah ke pusingan separuh akhir,” katanya.

JDT memenangi Piala FA kali ketiga pada musim lalu selepas menewaskan Terengganu FC, 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September lalu.

Ditanya mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan menentang Penang, Solari memberitahu, kesemua pemain dilihat sudah bersiap sedia untuk diturunkan termasuk pemain-pemain simpanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI