fbpx
Veloz diiperkenalkan bagi menggantikan Avanza yang ditamatkan pengeluarannya.

Veloz kembar baharu Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA Oktober tahun lalu, UMW Toyota telah melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Veloz bagi menggantikan segmen model Avanza yang telah ditamatkan produksinya.

Di Malaysia, penulis rasa ramai yang sedia maklum model ini mempunyai kembar daripada Perodua dengan tanda nama Alza.

Kedua-dua model ini memang dihasilkan dengan platform dari Daihatsu New Global Architecture.

Veloz dan Alza juga menggunakan enjin 1.5 liter dengan transmisi CVT tujuh kelajuan.

Enjin Veloz dan Alza mampu menghasilkan kuasa maksimm 106PS dan tork tertinggi pada 138Nm tork.

UMW Toyota hanya menawarkan satu varian sahaja bagi Veloz ketika ia dilancarkan dengan perbezaan tanda harga kira-kira RM20,000 dengan varian tertinggi Perodua Alza.

Baru-baru ini, penulis berpeluang untuk membuat pandu uji model Veloz itu bagi merasai sendiri pemanduan MPV itu.

Secara asasnya, panjang Veloz ialah 4,475 milimeter (mm), lebar (1,750mm), tinggi (1,700mm) dan jarak antara roda (2,750mm).

Secara amnya, Veloz dan Alza mungkin nampak sama tetapi sebenarnya banyak perbezaan jika kita perhatikan dengan teliti pada bahagian luaran.

Jeriji hadapan Toyota Veloz menggunakan jenis jeriji model-model Toyota yang lain. Model ini juga tidak dipasang dengan lampu kabus tetapi menggunakan lampu DRL LED. Kemasan krom pula terdapat pada sudut depan bampar dan bawah hud enjin. Tekaan hud enjin juga berbeza. Pada bahagian sisi, Veloz menggunakan rim bersaiz 17 inci.

Toyota Veloz mempunyai panjang 4,475 milimeter (mm), lebar (1,750mm), tinggi (1,700mm) dan jarak antara roda 2,750mm serta menggunakan rim bersaiz 17 inci.

Ketinggian dua model ini sebenarnya berbeza kerana telah dinaikkan sebanyak 30mm dari Alza. Lampu LED pada bahagian belakang juga memberikan imej yang berbeza.

Pada pandangan penulis, bahagian luaran Veloz nampak seakan kenderaan utiliti sukan (SUV) mungkin atas faktor ia lebih tinggi berbanding Alza. Rekaan dengan kemasan krom pula memberikannya imej tampak premium.

Masuk ke bahagian dalaman Toyota Veloz, model ini menggunakan tona dua warna cerah dan gelap. Model ini juga hadir bersama skrin infotainment bersaiz sembilan inci dengan Apple Car Play dan Android Auto.

Meter kluster berukuran tujuh incinya mampu memberikan paparan pelbagai informasi kepada pemandu di samping stereng boleh laras dengan tambahan fungsi larasan teleskopik. Fungsi yang ditawarkan ini memberikan tambah nilai untuk model Toyota ini.

Selain itu, corong pendingin hawa yang terletak pada bahagian bumbung di bahagian belakang memberi keselesaan kepada penumpang.

Terdapat corong pendingin hawa pada bahagian penumpangnya sekali gus turut memberi keselesaan kepada para penumpang.

Ciri-ciri menarik lain yang hadir bersama Toyota Veloz adalah seperti pengecas tanpa wayar, kamera 360 darjah dan penyaman udara automatik. Ciri-ciri yang ditawarkan ini jarang datang sekali pada kenderaan yang dijual pada harga bawah RM100,000.

Dari segi pengendalian, pemanduan boleh dikatakan sedap walaupun SUV tujuh tempat duduk ini lebih tinggi daripada Perodua Alza.

Pemandu juga boleh menukar mod pemanduan antara Power atau Eco dengan hanya menekan satu butang yang terletak di stereng. Sekadar makluman, Toyota Veloz ini mempunyai kapsiti tangki petrol 43 liter.

Aspek keselamatan tidak pernah diketepikan kerana MPV ini juga hadir dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi ciri Sistem Praperlanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengelakan Keluar Lorong (LDP),

REKAAN bahagian belakang kenderaan ini yang turut tertera tulisan Veloz.

Kawalan Pengekalan Lorong (LKC), Amaran Pergerakan Kereta Hadapan (FDA),Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif, Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

Kesimpulannya, penulis melihat kehadiran Toyota Veloz memberikan lebih pilihan walaupun orang ramai mempunyai pilihan lebih murah untuk model sedemikian daripada jenama yang lain.

Sejak dilancarkan, banyak juga penulis jumpa MPV ini di atas jalan raya. Ini mungkin disebabkan kepercayaan kepada sesebuah jenama itu masih kuat di samping tawaran ciri-ciri tambah nilai yang ditawarkan UMW Toyota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN