fbpx
Rekaan dalaman restoran yang unik dan mewah menaikkan selera tetamu untuk menikmati hidangan lazat yang disediakan di Gordon Ramsay Bar & Grill di Subang Jaya.

Bisnes Lunch lebih ringkas tapi mewah di Gordon Ramsay Bar & Grill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Ketika negara telah memasuki era endemik, perniagaan kini semakin aktif mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mewujudkan kerjasama serta meningkatkan prospek perusahaan masing-masing, seiring perkembangan ekonomi.

Sebarang bentuk pertemuan mungkin kurang lengkap tanpa jamuan menyelerakan, namun faktor masa sering menjadi kekangan terutama bagi ahli perniagaan yang sibuk.

Menyedari hakikat ini, restoran Gordon Ramsay Bar & Grill menawarkan set hidangan Bisnes Lunch bagi menyediakan menu lebih ringkas bagi pelanggannya yang mengejar masa.

Jurucakap restoran berkenaan berkata, pelanggan boleh memilih antara dua atau tiga hidangan yang terdiri daripada pembuka selera, hidangan utama serta pencuci mulut.

“Ciri utama Bisnes Lunch ini ialah set hidangan yang ditawarkan adalah lebih ringkas jadi penyediaanya mengambil masa lebih cepat, jadi pelanggan tidak perlu menunggu lebih lama untuk menanti hidangan mereka siap.

“Kebiasaannya pelanggan yang memilih set Bisnes Lunch ini hanya menghabiskan masa sekitar satu hingga dua jam di restoran kami, berbanding pelanggan biasa yang mengambil masa lebih lama untuk menikmati makanan mereka.

“Namun ini tidak bermakna pelanggan biasa atau mereka yang hadir bersama keluarga tidak boleh memilih set Bisnes Lunch ini, cuma ianya disasarkan kepada golongan ahli perniagaan yang mengejar masa,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurutnya, meskipun membawa nama cef terkemuka global, Gordon Ramsay Bar & Grill menawarkan hidangan yang masih boleh dikategorikan sebagai mampu milik, yang mana set hidangan Bisnes Lunch bermula daripada RM188.

Antara hidangan yang popular di restoran berkenaan adalah makanan ala barat, seperti Beef Wellington yang sinonim dengan Gordon Ramsay.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN