fbpx
Bahan-bahan tertentu akan digunakan bagi membolehkan sihir penunduk dan pemisah berjaya dilakukan. – GAMBAR HIASAN

Kena sihir penunduk ibu mentua, hangus RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang peguam syarie mendedahkan hampir lima daripada 10 wanita yang dalam proses perceraian pada setiap bulan disihir oleh pasa­ngan masing-masing hingga menyebabkan mereka kerugian dan mengalami penyakit ganjil.

Peguam Syarie, Saidah Zakaria berkata, sihir yang biasa digunakan ialah pemisah dan penunduk yang menyebabkan mangsa kerugian RM100,000.

Bagaimanapun, katanya, sihir tidak dapat dibawa ke muka pe­ngadilan kerana sukar dibuktikan selain negara tiada akta khusus seperti Brunei, India dan Arab Saudi.

“Penganiayaan seperti ini termasuk sihir memang banyak berlaku.

“Daripada 10 kes yang dite­rima dalam sebulan, kira-kira lima daripada anak guam saya mendakwa mereka telah disihir oleh suami, bekas suami serta keluarga mentua.

“Peguam selalunya akan tanya jika ada berlaku sihir bagi memahami masalah dihadapi mangsa serta persiapan diri sendiri kerana ada juga kes di mana peguam turut terkena,” katanya.

Menurut Saidah, antara sebab sihir itu digunakan adalah bagi mendapatkan harta si isteri, selain sihir pemisah sering digunakan oleh pihak ketiga atau ‘kekasih gelap’ defendan.

Tambahnya, sihir dihantar melalui pelbagai cara seperti makanan yang mengakibatkan mang­sa sering muntah, namun disahkan sihat oleh doktor.

“Kebanyakan kes hanya akan diklasifikasikan sebagai syak wasangka dan mangsa hanya mampu mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk pulih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN