fbpx

Liga Super: KDA FC kembali menang di Alor Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC kembali meraih kemenangan di gelanggang sendiri selepas tewas dalam dua perlawanan sebelum ini. – FB KDA FC

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain berpuas hati dengan prestasi ditampilkan anak-anak buahnya untuk berada di tangga ketiga dalam saingan Liga Super ketika ini selepas menganggap mereka adalah pasukan yang baharu dibentuk.

Menurutnya, pencapaian itu boleh dianggap sebagai permulaan musim yang baik sebelum mereka berehat selama hampir dua minggu untuk memberikan laluan aksi antarabangsa.

Namun, katanya itu tidak bermakna bahawa beliau bersama anak-anak buahnya sudah boleh berpuas hati memandangkan masih banyak aspek perlu diperingkatkan bagi memastikan mereka dapat terus memberi saingan terbaik dalam aksi liga musim ini.

“Kemenangan ke atas Ku­ching City FC di gelanggang sendiri merupakan tonik terbaik untuk pasukan sebelum kami berehat.

“Sebelum mencatat kemena­ngan 3-2 ke atas Kelantan United di Kota Bharu Isnin lalu, kami tewas dua perlawanan berturut-turut di Stadium Darul Aman dan kemenangan ini penting untuk pemain menambah keyakinan di gelanggang sendiri.

“Sebelum perlawanan ini berlangsung, statistik menunjukkan kita berjaya menjaringkan tujuh gol di tempat lawan dan hanya tiga gol di gelanggang sendiri da­lam semua perlawanan dilalui.

“Jadi, apabila kami menang 3-0 ke atas Kuching City di Stadium Darul Aman ini, perkara itu sudah tentu memberi lebih keyakinan terhadap pemain untuk turun beraksi di ‘sarang’ sendiri selepas ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir perlawanan tersebut kelmarin.

Dalam perlawanan itu, KDA FC yang menguasai sebahagian besar perlawanan berjaya mencatat kemenangan 3-0 hasil dua jaringan pemain pertahanan, Mohd. Akmal Md. Zahir pada minit ke-28 dan 49 sementara satu lagi menerusi sayap lincah dari Argentina, Manuel Hidalgo pada minit ke-57.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI