fbpx

Gula pasir bantu rawat bibir kusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gula juga mempunyai manfaat kecantikan.

Gula pasir bantu rawat bibir kusam

Tahukah anda gula pasir bukan sahaja digunakan sebagai bahan utama dalam minuman seharian, malah ia juga merupakan bahan yang boleh digunakan bagi melembapkan bibir, sekali gus menghilangkan kusam serta kering.

Masukkan dua sudu besar gula dalam air suam dan larutkannya. Sapukan air gula itu pada bibir dalam gerakan membulat selama tiga hingga lima minit pada setiap hari.

Akhir sekali, bilas bibir dengan air bersih apabila sudah kering.

 

Minyak zaitun lebatkan bulu mata

Tidak semua orang bertuah dikurniakan bulu mata lebat dan panjang. Bagaimanapun, tidak bermakna mereka yang memiliki bulu mata pendek tidak boleh berbuat apa-apa untuk memanjangkannya.

Tidak perlu bersusah payah, gunakan sahaja minyak zaitun.

Caranya, hanya perlu sapukan minyak tersebut pada bulu mata selepas mandi dan sebelum tidur.

Kandungan mineral, vitamin dan agen pemanjang semula jadi yang ada dalam minyak zaitun mampu melembapkannya.

 

Timun hilangkan lebam mata

Tahukah anda selain enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam, timun turut mempunyai manfaat dalam kecantikan terutama pada mata.

Mata yang tidak bermaya dan lebam memang kerap berlaku pada mereka yang tidak cukup tidur.

Caranya, basuh dan hiris timun sebelum diletakkan pada mata selama 15 hingga 20 minit.

Lakukan pada setiap hari dan anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.

Kandungan air dan kesejukan timun tersebut dipercayai membantu menganjalkan semula kawasan mata yang hitam selain memberi lembapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI