fbpx
Sebahagian peniaga Pasar Besar Kuala Kangsar membantah syarat yang dikenakan terhadap mereka untuk berniaga di PTK Kuala Kangsar semalam.

Sewa mahal, tapi tiada meja untuk berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Peniaga-peniaga di Pasar Besar Kuala Kangsar di sini, berharap pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengambil serius kesulitan yang dihadapi mereka apabila diminta untuk berpindah ke lokasi baharu.

Wakil peniaga yang dikenali sebagai Ahmad berkata, perbincangan dengan MPKK dan ahli-ahli politik berkaitan isu itu tidak membuahkan hasil dan pihak majlis perbandaran seolah-olah menutup mata dengan masalah dihadapi mereka.

Menurutnya, banyak isu dibangkitkan mereka seperti kadar sewa di lokasi baharu adalah tinggi sehingga RM210 sebulan berbanding RM56 ketika ini, meja berniaga yang tidak disediakan dan tiada tempat penyimpanan barangan.

“Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) Kuala Kangsar adalah tempat yang kami diminta untuk berpindah yang terletak kira-kira 2 kilometer dari pasar besar, namun ia masih dalam pembinaan.

“Jadi wujud lagi ruang untuk perbincangan antara peniaga dan MPKK,” katanya kepada ­Kos­mo! di sini semalam.

Ahmad berkata, mereka juga mendapati lokasi PTK Kuala Kangsar tersebut tidak dilalui pengangkutan awam, menyebabkan orang ramai sukar untuk ke sana.

“Kami juga mendapati, laluan untuk ke sana juga terletak berhampiran kawasan perumahan, jadi ia membahayakan penduduk setempat kerana lori-lori perniagaan akan keluar masuk,” kata­nya.

Seorang peniaga, Muhd. Muslim Zakaria, 46, berkata, mereka bersedia untuk berpindah, namun ia harus memberi situasi menang-menang kepada semua pihak terlibat.

“Dengar dulu apa yang kami golongan peniaga bimbangkan, kemudian baharulah letak pelbagai syarat.

“Kami mahu berdialog dan dapatkan solusi, bukan mahu meminta yang bukan-bukan kerana berniaga sahajalah sumber pendapatan kebanyakan penyewa di Pasar Besar Kuala Kangsar,” ujarnya.

Peniaga sayur-sayuran, Mala, 44, pula berkata, dia hanya mempunyai motosikal untuk urusan perniagaan dan amat memerlukan tempat penyimpanan barangan.

“Masalahnya di PTK Kuala Kangsar, barang jualan perlu dibawa pulang setiap hari kerana tiada tempat penyimpanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN