fbpx
Pengarah syarikat pembinaan dan pembantu tadbir kanan PBT yang dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. -FOTO/ AFIQ RAZALI

Gagal sogok Inspektor RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Cubaan pengarah syarikat pembinaan menyogok RM50,000 kepada pegawai polis berhubung penyelewengan diesel bukan sahaja gagal malah ditahan di Telok Gong, Klang dekat sini semalam.

Sogokan itu dilakukan terhadap pegawai berpangkat Inspektor supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan menyimpan dan menjual minyak diesel bersubsidi tanpa lesen.

Menurut sumber, penangkapan suspek lelaki berusia 53 tahun itu dilakukan di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.10 malam.

Katanya, semasa kejadian pasukan polis dari Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sedang melakukan operasi penyimpanan dan penjualan minyak diesel di sebuah gudang.

“Suspek telah menawar dan memberikan suapan bernilai RM50,000 kepada pegawai polis itu.

“Ini sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan menyimpan dan menjual minyak diesel bersubsidi tanpa lesen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sumber memaklumkan lelaki tersebut kemudiannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut bersama dalam operasi tersebut.

“Lelaki itu direman lima hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani,” katanya.

Dalam pada itu, di hadapan majistret sama, seorang pembantu tadbir kanan sebuah pihak berkuasa tempatan turut direman lima hari bagi membantu siasatan meminta dan menerima sogokan RM650 daripada seorang calon ujian memandu bagi lesen memandu ‘gerenti lulus’.

Suspek wanita berusia 47 tahun itu melakukan perbuatan itu ketika bekerja sambilan di sekolah memandu milik ayah mertuannya pada November tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) dan 17 (b) akta SPRM 2009. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN