fbpx
15 motosikal musnah dalam kebakaran di Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya, Butterworth, di sini pagi tadi.

15 motosikal musnah terbakar di Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kira-kira 15 buah motosikal dilaporkan musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan parkir Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya, di sini pagi tadi.

Motosikal pelbagai jenis itu diletakkan secara selari di bawah bumbung berdekatan sebuah stor penyimpanan peralatan sembahyang.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) negeri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.11 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati api dalam keadaan marak dan kebakaran melibatkan 15 buah motosikal.

“Sebanyak sembilan buah motosikal terbakar 95 peratus manakala enam buah lagi terbakar 50 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah stor penyimpanan peralatan sembahyang yang dibina berasingan dengan peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pukul 5.40 dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Tambahnya, punca kebakaran dan nilai kerugian yang dialami masih dalam siasatan pasukan Forensik Bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN