fbpx

Anwar terima ucapan tahniah daripada Presiden AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri), Biden (kanan).

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Anwar menerusi media sosial Facebooknya turut memuat naik sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Anwar berkata, Biden turut memuji demokrasi Malaysia pada pilihan raya tersebut dan menyatakan ia memberi inspirasi kepada ramai pihak.

Surat dikeluarkan oleh Rumah Putih yang dikongsi Anwar Ibrahim hari ini.

Jelas surat yang ditandatangani Biden itu menjelaskan, ketika demokrasi di dunia berdepan cabaran, pilihan raya di Malaysia mempamerkan keutuhan demokrasi.

Beliau juga berkata, dedikasi Anwar terhadap perkhidmatan awam akan membantu keamanan dan kemakmuran rantau ini.

“Biden menyatakan komitmen untuk mengeratkan hubungan dengan Malaysia, termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis iklim dan keselamatan tenaga.

“Saya tidak sabar untuk bekerja rapat dengan beliau bagi faedah bersama rakyat kita,” jelas Anwar.

Melalui surat itu lagi, Biden berkata, hubungan antara dua negara dibina atas asas ekonomi, keselamatan serta hubungan antara manusia yang kuat, yang turut membantu mengukuhkan kebebasan, keselamatan dan kemakmuran di rantau Indo Pasifik.

Biden turut memberi jaminan untuk mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara, termasuk membina pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan rantaian pengedaran yang berdaya tahan menerusi Kerangka Kerja Ekonomi Indo Pasifik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI