fbpx

Penuntut kolej memadu kasih di hotel bajet malam tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan penuntut kolej yang dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di Bakar Arang, Sungai Petani awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Sepasang kekasih yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perak dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di Bakar Arang di sini awal pagi tadi.

Pasangan berusia 22 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Ambang 2023 oleh pegawai dan anggota Pejabat Agama Daerah Kuala Muda bermula pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi.

Kedua-dua mereka dikatakan tidak pulang bercuti di rumah masing-masing di Alor Setar dan Baling dekat sini sebaliknya menyewa bilik untuk memadu kasih sempena sambutan tahun baharu.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan penuntut itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik hotel selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Penguat kuasa terpaksa menggunakan kunci pendua yang diperoleh daripada penjaga hotel.

“Sebaik pintu bilik berjaya dibuka, kita mendapati penuntut lelaki berasal dari
Alor Setar menutup badannya dengan selimut di atas katil manakala pasangannya dari Baling berpura-pura tidur di atas lantai,” katanya.

Serbuan yang diketuai Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin itu turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Unit Risik Angkatan Tentera serta Skuad Badar.

Menurutnya, pasangan terbabit disyaki menyewa bilik itu semata-mata untuk memadu kasih dan tidak berhasrat pulang ke rumah masing-masing bagi menghabiskan cuti bersama keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI