fbpx
Selesema unta disebarkan melalui sentuhan dengan haiwan itu dan ia boleh membawa maut kepada penghidapnya. - Foto AFP

Penyokong England dibimbangi bawa pulang penyakit maut selesema unta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Ketika penyokong bola sepak England pulang dari Piala Dunia di Qatar dengan rasa kecewa, terdapat kebimbangan mereka mungkin membawa ‘cenderahati’ berupa penyakit  selesema unta yang boleh membawa maut, lapor portal berita Daily Star semalam.

Selesema unta atau Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) ialah sejenis kornavirus dan boleh membawa maut. Penyakit itu lebih teruk berbanding dengan covid-19 dan muncul di Arab Saudi pada tahun 2012.

Ia kemudian merebak ke semua negara  Asia Barat dan pernah wujud di Britain. Pada kebiasaannya, penyakit itu tersebar melalui sentuhan dengan unta tetapi kes penularan dari manusia ke manusia juga telah direkodkan.

Pengarah Kanan dan Jabatan Pesakit Luar (HOD) di Pusat BLK-Max untuk Penyakit Dada dan Pernafasan di New Delhi, Dr. Sandeep Nayar memberitahu Indian Express bahawa terdapat kebimbangan peningkatan baru dalam jangkitan boleh berlaku disebabkan kemasukan ramai peminat bola sepak ke Qatar.

Beliau berkata: “Jadi, mereka yang mempunyai gejala yang tinggal dalam kelompok akan lebih terdedah (kepada selesema unta).”

Seperti kebanyakan virus pernafasan lain, MERS menyebabkan sesak nafas dan batuk pada kebiasaannya disertai dengan suhu badan yang tinggi.

“Terdapat batuk kering dan kerengsaan di bahagian atas tekak. Dalam kes sekali-sekala, ia juga boleh menyebabkan keadaan seperti radang paru-paru yang boleh menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital. Kes yang teruk juga mengakibatkan kematian,” kata seorang pakar perunding penyakit berjangkit di India, Dr. Neha Rastogi.

Skuad bola sepak England kalah 1-2 kepada Perancis dalam perlawanan suku akhir di Qatar baru-baru ini sekali gus terlepas peluang untuk menjulang Piala Dunia. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN