fbpx

Mahkamah: Kejadian Bella terkena air panas termos seolah-olah tidak berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa kejadian termos berisi air panas yang terkena pada remaja Sindrom Down Bella di sebuah kondomonium di Wangsa Maju pada tahun lalu seolah-olah tidak berlaku.

Pegawai Penyiasat Inspektor Suhaili Mahad Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Inspektor Suhaili Mahad berkata ini kerana empat penghuni Rumah Bonda termasuk pengasasnya, Siti Bainun Ahd Razali seolah-olah memberi ‘skrip’ sama berhubung kejadian tersebut semasa siasatan dijalankan.

Kata saksi pendakwaan ke-19 itu kejadian ‘skrip’ sama itu adalah apabila seorang penghuni yang dikenali sebagai Balqis, telah mengejar Bella kerana berebut ‘jajan’ (makanan ringan) yang kemudian Bella tertarik termos lalu air panas tersimbah pada badan remaja itu.

“Secara kesimpulannnya daripada siasatan yang dibuat kenyataan mereka adalah ‘skrip’ yang mana termos itu dalam keadaan baik.

“Tiada kemek atau apa-apa yang menunjukkan ia telah jatuh. Saya percaya bahawa tidak ada perkara seperti termos yang jatuh pada Bella, kerana tidak ada kesan sedemikian yang menunjukkan keadaan termos itu,” katanya lagi.

Saksi pendakwaan itu ke-19 itu berkata demikan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Sementara itu saksi itu turut memberitahu bahawa polis telah mengambil 35 keping gambar tempat kejadian serta dua barang kes iaitu pemanas air dan seutas tali berwarna putih.

Saksi itu berkata pada 7 Julai 2021 beliau dan pasukan D11 bersama jurufoto telah pergi ke tempat kejadian.

Saksi itu berkata semasa berada di tempat kejadian itu beliau telah menghubungi seorang penghuni bernama Yasmin untuk naik ke kondominium itu bersama jurufoto bagi merakam tempat kejadian dan barang kes.

Dalam prosiding itu, saksi turut dirujuk gambar-gambar yang diambil oleh jurufoto dan beliau mengesahkan gambar tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.

Siti Bainun Ahd Razali, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI