fbpx

Bayern Munich mara ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE merupakan salah seorang penjaring gol ketika Bayern meraih kemenangan 4-2 ke atas Viktoria Plzen di Doosan Arena awal pagi semalam.

Ketua jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann yakin barisan pemainnya mampu menamatkan saingan Liga Juara-Juara dengan penuh bergaya sebagai juara dalam Kumpulan C.

Keyakinan itu hadir selepas Bayern mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati susulan kemenangan 4-2 ke atas Viktoria Plzen di Doosan Arena awal pagi semalam.

Meskipun aksi Kumpulan C masih berbaki dua perlawanan tetapi slot peringkat 16 terbaik sudah menjadi milik Bayern dengan 12 mata hasil daripada empat kemenangan berturut-turut.

“Ia sesuatu yang sangat manis apabila anda menang jauh dari rumah sendiri. Kami me­ngutip 12 mata maksimum daripada empat perlawanan dalam saingan yang dianggap sebagai kumpulan maut ini.

“Kami tidak mahu kejayaan ini terhenti di sini. Sebaliknya, saya mahu para pemain memastikan status juara Kumpulan C menjadi milik kami,” katanya.

The Bavarians yang me­nguasai sepenuhnya perlawanan berjaya meraih dua gol pantas dalam tempoh empat minit menerusi Sadio Mane dan Thomas Muller pada minit ke-10 serta 14.

Dua lagi gol gergasi Jerman itu juga hadir dalam babak pertama menerusi Leon Goretzka pada minit ke-25 dan 35.

Kebangkitan di separuh masa kedua hasil jaringan Adam Vlkanova dan Jan Kliment pada minit ke-62 serta 75 masih belum memadai buat Viktoria yang terpaksa akur tewas dalam aksi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI