fbpx
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas selesai memberi perutusan khas mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Ismail Sabri tinggalkan pejabat, hadiri mesyuarat Biro Politik UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan pejabatnya di sini kira-kira pukul 4.47 petang tadi bagi menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung pada pukul 5 petang ini sebelum disusuli Mesyuarat Khas Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada sebelah malam.

“Saya sudah umum (pembubaran parlimen), saya nak pergi mesyuarat Biro Politik UMNO,” katanya ringkas ketika ditemui di sini tadi.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diputuskan selepas beliau menghadap Al Sultan Abdullah kelmarin bagi menyembah warkah permintaan mengenai pembubaran berkenaan.

Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN