KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis menanti perkenan Istana Arau bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu tarikh bagi pembubaran DUN atas perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
“Kita tunggu tuanku bagi tarikh (untuk pembubaran DUN),” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Azlan pernah menyatakan bahawa kerajaan negeri akan turut membubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu bergantung atas perkenan Raja Perlis. – KOSMO! ONLINE














