fbpx

Luahan Pembaca: Makanan mahal, tandas kotor di pantai tersohor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai perlu memainkan peranan menjaga kebersihan lokasi tumpuan selain pihak berkuasa tempatan. – GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

BEBERAPA bulan lalu, saya menghadiri kenduri rakan karib di Kota Bharu dan berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di Kelantan.

Lawatan bermula dengan singgah di kedai-kedai makan tersohor di negeri Cik Siti Wan Kembang sehingga ke tempat bersejarah dan kawasan peranginan. Sejujurnya tempat makan dan tempat bersejarah di Kelantan sangat menarik, harga makanan murah serta banyak tempat yang boleh dilawati.

Namun, mood percutian kami ‘terencat’ apabila tiba di sebuah pantai terkenal. Harga makanan terutama menu celup tepung begitu mahal. Lebih malang lagi ia seperti dipanaskan semula.

Bayangkan hanya beberapa jenis makanan celup tepung, dua mangkuk megi ketam, air kelapa dan ABC harganya mencecah ratusan ringgit untuk hidangan dua dewasa dan tiga budak.

Tandasnya pula kotor dan bau boleh dihidu sebaik membuka pintu, malah pintu juga tidak boleh dikunci.

Selain itu, sampah juga bertaburan di beberapa kawasan walaupun disediakan tong di lokasi berkenaan.

Tidak sepatutnya sebuah kawasan yang dikhabarkan kawan saya sebagai sebuah pusat peranginan terkenal di negeri itu tidak dijaga rapi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bukan niat untuk memperlekehkan negeri orang, tetapi bagi saya PBT perlu bertanggungjawab kerana bagi saya Kelantan boleh menjadi negeri pelancongan jika tempat-tempat sebegini dapat dipelihara dan dijaga rapi.

Alza Merah
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI