fbpx
GUIMARAES mempamerkan aksi sempurna selepas meledak dua gol untuk Newcastle ketika mereka menewaskan Brentford kelmarin. – AFP

EPL: Newcastle selesa kecap kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe membuktikan keputusan pihak pengurusan kelab melantiknya sebagai pengurus pasukan adalah tepat selepas pasukan itu berjaya mencatat kemenangan besar 5-1 menewaskan Brentford kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di St. James Park itu, Newcastle memulakan perlawanan dengan agak perlahan sebelum berjaya bangkit memberikan persembahan terbaik untuk mencatat kemenangan itu.

“Kami sangat berpuas hati dan gembira dengan persembahan kali ini. Ia adalah perlawanan yang sukar dan kami sedar bahawa Brentford mampu membuatkan kami berdepan perlawanan yang sengit.

“Kami memulakan aksi de­ngan agak perlahan, tetapi gol pertama itu mengubah segala-galanya dan kami berjaya mendapatkan empat lagi jaringan,” jelasnya.

Sementara itu, Howe menghamburkan pujian kepada pemain tengahnya, Bruno Guimaraes yang berjaya meledak dua gol pada aksi berkenaan.

“Bruno memiliki kualiti dalam semua aspek. Persona­liti dan persembahannya di padang sangat baik dan aksinya kali ini sangat luar biasa,” katanya.

Howe turut mendedahkan bahawa The Magpies tidak bermula dengan baik pada awal musim lalu kerana berdepan beberapa isu kecederaan pemain, namun situasi itu berjaya diatasi dengan baik setakat ini.

“Kami berdepan masalah kecederaan, tetapi pasukan ini berjaya mengharungi kesukaran dengan baik. Saya berharap ia akan menjadi bertambah baik selepas ini dan membolehkan kami fokus untuk mencari penamat terbaik musim ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN