fbpx
RAMOS (kiri) menerima kad kuning kedua selepas menunjukkan reaksi tidak berpuas hati terhadap pengadil menyebabkan dia dibuang padang. – AFP

Kad merah Ramos punca PSG terikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REIMS, Perancis – Tonggak pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Sergio Ramos menjadi punca utama gergasi Perancis itu sekadar seri tanpa jaringan de­ngan Reims pada aksi Ligue 1 awal pagi semalam.

PSG tampak bergelut dalam aksi di Stade Auguste-Delaune itu sejurus Ramos, 36, diarahkan keluar padang selepas mengutip dua kad kuning pantas pada minit ke-41.

Bekas kapten Sepanyol dan Real Madrid itu mengutip kad merah peribadinya yang ke-28 selepas menunjukkan reaksi tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil, Pierre Gaillouste.

Jurulatih PSG, Christophe Galtier tampil mempertahankan Ramos dengan mendakwa anak didiknya itu tidak mengeluarkan kata-kata kesat sehingga membolehkannya menerima kad merah.

“Saya sangat mengenali Ramos dan saya percaya kata-kata itu tidak ditujukan secara terus kepada pengadil.

“Anda akan selalu dengar kata-kata ini dalam padang latihan di Sepanyol. Namun, pengadil mengambilnya perkara itu secara peribadi dan mengarahkan Ramos keluar padang kerana kelakuan itu,” katanya.

Begitupun, Galtier tetap meluahkan kekecewaannya kerana pasukannya gagal mencari sekurang-kurangnya satu gol sebelum mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam babak kedua.

“Saya tidak boleh jelaskan kerana kedua-dua pasukan juga sebenarnya gagal mengawal permainan ini dengan baik. Ia menyebabkan banyak ketegangan berlaku dalam aksi ini,” jelas bekas pengendali Nice itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN