fbpx
AB. GHANI

MFL harap Felda United tidak terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGELOLA Liga Malaysia (Liga M), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terkejut dengan keputusan Felda United selepas mengumumkan penarikan diri daripada kancah saingan liga tempatan musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya masih belum menerima surat rasmi daripada Felda United dan meĀ­nuntut pasukan tersebut tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.

Ab. Ghani mengakui tindakan itu satu kerugian besar dalam arena bola sepak negara selepas 13 tahun Felda United beraksi dalam kancah Liga M.

ā€œKita baru sahaja menerima berita mengenai penarikan diri Felda United dalam saiĀ­ngan Liga M. Jika boleh mereka perluĀ­ memikirkan kembali tentang keputusan yang mereka putuskan.

ā€œKeputusan mereka lakukan itu melibatkan warga dan peminat Felda. Ini kerana, paĀ­sukan itu bersaing hebat dalam saingan Liga Super dan mampu mengatasi pasukan gergasi taĀ­nah air.

ā€œBagi saya, ia satu kerugian besar kepada arena bola sepak negara,ā€ kata Ab. Ghani ketika ditemui di pejabat MFL di PeĀ­taling Jaya semalam.
Dalam pada itu, Ab. Ghani menjelaskan, MFL akan meĀ­nunggu surat rasmi daripada Felda United sebelum mengemukan perkara itu dalam mesyuarat akan datang.

ā€œMFL akan mengambil langkah dan buat persiapan terĀ­tentu untuk mengisi kekosoĀ­ngan yang ditinggalkan Felda United selepas ini.

ā€œSeperti yang saya katakan tadi, masa masih ada untuk mereka memikirkan semula. Buat masa ini kita belum meĀ­nerima kenyataan rasmi penarikan diri Felda United. MFL juga akan melakukan tindakan menerusi perbincangan di peĀ­ringkat tertinggi,ā€ ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN