fbpx

Kes positif melonjak 317, tiga kluster dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 melonjak kepada 317 hari ini menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 12,088, paling tinggi dalam sejarah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes tersebut adalah kes penularan tempatan termasuk daripada tiga kluster baharu iaitu Kluster Jelok di Selangor (tiga), Kluster Bah Lunas di Kedah (dua) dan Kluster Bah Rose di Pulau Pinang (satu).

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 37 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sekali gus menjadikan jumlah kes membabitkan pengunjung balik dari Sabah sejak 20 September lalu sebanyak 176.

Menurutnya, Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 155 kes dengan 100 daripadanya saringan bergejala selain pertambahan kes daripada lima kluster aktif iaitu Kluster Bangau-Bangau (35), Kluster Benteng LD (10), Kluster Laut (tiga), Kluster Joo Hwa (dua) dan Kluster Buang Sayang (satu).

“Kedah merekodkan 102 kes dengan 97 daripadanya di Kluster Tembok selain satu di Kluster di Bah Ketil.

“Kluster Meru di Selangor merekodkan 12 kes selain dua kes daripada kluster sama di Kuala Lumpur dan Johor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 di Sabah hari ini membabitkan kes-137 yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Beliau berkata, mangsa mula mengalami gejala batuk, kurang selera makan serta demam sejak 10 September lalu sebelum mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Semporna pada 24 September dan dirujuk ke Hospital Tawau pada hari sama.

“Kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan dan saringan Covid-19 dikesan positif pada 28 September lalu.

“Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 2 Oktober 2020 pukul 11.44 malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI