fbpx

Waspada air zam zam asli dengan palsu – Marzuk Shaary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzuk Shaary berucap sebelum merasmikan Pelancaran Aplikasi Glosari Bahasa Isyarat Islam (i-Sign), di Bangi hari ini.

BANGI – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Marzuk Shaary menasihatkan orang ramai agar tidak mendapatkan air zam zam dari penjual tempatan bagi elak peniaga yang menipu keaslian air itu.

Katanya, air zam zam tidak dibenarkan untuk didagang dalam negara ini dari dulu lagi, jadi orang ramai perlulah tidak terjebak dengan penjualan air zam zam palsu.

“Bagi pihak Arab Saudi memang tidak benarkan untuk menjual air zam zam, tetapi agensi-agensi yang berkaitan dengan urusan haji umrah dalam negara ini dibenarkan bawa pulang air itu dan diberikan kepada jemaah-jemaah.

“Untuk dapatkan air zam zam melalui jual beli memang tak ada (tak dibenarkan), sekarang kena hati hati, air zam zam sama rasanya dengan air penapis, barangkali itu sebabnya pemalsuan air zam zam boleh berlaku,” katanya  selepas pelancaran Aplikasi Glosari Bahasa Isyarat Islam (i-Sign), di sini, hari ini

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor telah menggempur sebuah kilang haram yang memproses air zam zam palsu di Taman Ekoperniagaan 2, Senai Airport City, Senai.

Hasil pemeriksaan dibuat terhadap premis berkenaan menemukan 238 botol bersaiz lima liter dipercayai berisi air zam zam palsu di premis terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI